Perniagaan Online Wajib Halal

“Semoga ALLAH memberkatimu dalam transaksi yang dilakukan tanganmu.” (Riwayat al-Tirmizi)

Suatu keuntungan yang halal adalah dijana daripada urus niaga yang bebas unsur dilarang dalam Islam seperti riba, penipuan, gharar (ketidakpastian) dan ihtikar iaitu aktiviti sorok barang keperluan asasi orang ramai oleh para peniaga.Umat Islam hendaklah memastikan semua aktiviti dan transaki perniagaannya dijana berdasarkan keuntungan yang halal.

Namun, satu persoalan yang sering timbul dalam kalangan orang ramai adalah sebanyak mana keuntungan itu boleh diambil? Ada sebuah hadis Rasulullah SAW yang ada kaitan dengan isu pengambilan untung dalam urus niaga jual beli.

Dalam sebuah hadis, Urwah al-Bariqi menceritakan bahawa: “Rasulullah SAW menyerahkan wang satu dinar kepadaku untuk dibelikan seekor kambing. Kemudian dengan wang tersebut saya belikan dua ekor kambing. Tidak lama kemudian, saya menjual salah seekor daripadanya dengan harga satu dinar. Kemudian saya bawa kepada Nabi Muhammad SAW seekor kambing dan wang satu dinar. Aku pun menceritakan kejadian itu kepada Nabi SAW. Lalu baginda mendoakan: “Semoga ALLAH memberkatimu dalam transaksi yang dilakukan tanganmu.” (Riwayat al-Tirmizi)

Hadis itu secara jelas menunjukkan bahawa urus niaga yang dilakukan oleh Urwah telah berjaya menjana keuntungan lebih daripada 100 peratus. Malah dengan kejayaan tersebut, Rasulullah SAW mendoakan keberkatan pada tangan Urwah.

Meneliti kepada hadis dan juga ciri-ciri keuntungan halal, maka kita boleh memahami bahawa apabila urus niaga itu tidak mengandungi unsur yang dilarang dalam Islam, para peniaga boleh mengambil keuntungan sebanyak mana yang mereka kehendaki. Paling penting, urus niaga itu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Ini menunjukkan bahawa secara prinsipnya, memang tiada had keuntungan dalam Islam.

Dengan kata lain, setiap urus niaga dilakukan dengan PayHalal adalah diasaskan dengan prinsip shariah dan setiap transaksi mempunyai akad- akad tertentu . Sucikan Transaki Perniagaan anda hari ini layari http://www.payhalal.my

Published by PatSalam

PayHalal Islamic Payment Gateway

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: