“Umatku yang baik ialah mereka yang berkorban dan umatku yang jahat ialah mereka yang tidak berkorban.”

  • Lembu yang dibeli untuk ibadah korban mestilah berumur lebih dua tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting. Manakala kambing pula cukup umurnya mengikut ketentuan syarak.
  • Lembu dan kambing korban mestilah disembelih dan dagingnya diagih-agihkan pada Hari Raya Eidul Adha.
  • Sijil pengesahan penyempurnaan ibadah korban diserahkan kembali oleh Ahli Jawatankuasa Masjid / Surau kampung atau wakil Urus Setia kepada Ketua Urus Setia program YBhg Haji Zakaryya Adam.

Syariat / Hikmah Korban

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah SWT. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Firman Allah swt yang bermaksud:
Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah.”
Al-Kautsar:

Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut:

“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripadaNya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya.”

Nabi SAW juga telah bersabda yang bermaksud:

Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Hukum Korban

Hukum berkorban adalah sunnah muakkadah.

Sebahagian ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa berkorban hukumnya wajib bagi orang yang mencukupi nasab zakat. Antara rujukan mereka adalah hadis yang bermaksud:

“Barangsiapa berkelebihan (dalam harta) tetapi tidak meyembelih haiwan korban, janganlah dia mendekati masjidku.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Fadhilat Korban

Keistimewaan orang yang berkorban banyak sekali.

Saidina Ali Bin Abi Talib RA telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dengan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat.

Apabila dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya, maka setiap patah kata yang diucapkannya itu adalah sama dengan satu tasbih. Dan jika dibayar harganya, maka setiap satu dirham, dia beroleh 700 kebajikan. Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah, maka setiap titis darah yang tertumpah, dijadikan oleh Allah 10 malaikat yang mendoakan dan meminta keampunan kesalahannya kepada Allah sampai hari kiamat.

Apabila dagingnya dibahagi-bahagikan, maka setiap suap yang dimakan orang, baginya adalah seperti memerdekakan seorang anak cucu Nabi Ismail AS. Haiwan yang dikorbankan itu kelak akan menjadi kenderaan bagi orang yang mengorbankannya pada hari kiamat.

Dalam hal ini Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim.”

Selain daripada itu orang-orang yang melaksanakan ibadah korban dipandang sebagai orang yang baik di antara umat Nabi Muhammad SAW sesuai dengan maksud sabda Rasulullah SAW:

“Umatku yang baik ialah mereka yang berkorban dan umatku yang jahat ialah mereka yang tidak berkorban.”

Korban juga dapat menyelamatkan orang yang berkorban dari kejahatan dunia dan akhirat. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang, yakni menyelamatkan orang yang empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat.”

Sempurnskan Ibadah Qurban Bersama PayHalal

Sabda Rasulullah S.A.W.: Orang yang berQurban itu akan dikurniakan bagi setiap bulu binatang qurbannya dengan satu kebajikan.

Sabda Rasulullah S.A.W.: Orang yang melaksanakan korban itu akan dikurniakan bagi setiap bulu binatang qurbannya dengan satu kebajikan.

• Payhalal Qurban memberi keutamaan dalam membantu umat Islam tinggal di kawasan Kawasan bandar dan pedalaman di mana disebabkan keadaan semasa larangan keluar terkawal (Covid19) bagi mereka yang uzur dan kurang berkemampuan.

• PayHalal Qurban menjadikan ibadah Aqiqah dan Qurban mudah untuk di lakukan untuk umat Islam .

• Mudah & Cepat – Semua urusan tempahan dan bayaran boleh dilakukan di laman web dan dii ladang mereka.

• Daging ternakan yang dikurban akan diagihkan sepenuhnya.

• PayHalal menyediakan sijil pengesahan Qurban & Aqiqah.

Ibadah Qurban 2020 Ladang Cattle Queen Diyakini Sejak 1979. Pembayaran Mudah Dengan PayHalal FPX Kad Kredit Islam /- Pendaftaran 24Jam. Daftar Segera. Lengkap dengan sijil pengesahan perlaksanaan. pahala akan berganda kerana setiap bahagian anda akan diagihkan kepada golongan fakir miskin.Pendaftaran Telah Dibuka. http://www.cq-ranch.com

Published by PatSalam

PayHalal Islamic Payment Gateway

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: